Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Tuesday, April 29, 2014

Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan Gred W41

Panduan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Pendahuluan

Pada kali ini, kami akan kongsikan contoh soalan peperiksaan untuk jawatan Akauntan Gred W41. Seperti mana yang sudah diuar-uarkan di laman web rasmi SPA Malaysia sejak awal-awal lagi, bahawasanya satu peperiksaan akan diadakan pada hari Selasa nanti yakni pada 06 Mei 2014 di seluruh tanahair. Peperiksaan anjuran SPA ini adalah bertujuan untuk menapis calon-calon yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan Akauntan Gred W41.

Sejajar dengan itu pula, permintaan untuk mendapatkan panduan Akauntan Gred W41 ini juga mendadak tinggi dengan serta merta berikutan statistik calon yang gagal adalah 92% tanpa persediaan yang betul dan rapi. Hal ini adalah kerana objektif peperiksaan ini diadakan adalah untuk mengurangkan seberapa ramai calon yang boleh disebabkan jumlah calon yang terlalu ramai memohon.

Menyedari hal ini, pihak InfoKerjaya (sebuah syarikat pengeluar panduan peperiksaan SPA yang berdaftar dengan SSM) berbesar hati untuk berkongsikan rujukan lengkap soalan-soalan peperiksaan daripada peperiksaan bertulis Akauntan Gred W41 yang terdahulu supaya anda tidak terkejut dengan jenis soalan yang bakal dikemukakan nanti.

Persaingan antara calon semakin sengit saban tahun, perkara ini tidak boleh dinafikan lagi. Terutamanya disebabkan faktor graduan yang menamatkan pengajian tiap tahun, di samping graduan sedia ada yang masih belum mendapat pekerjaaan. Jadi calon haruslah lulus dengan cemerlang bagi melayakkan anda menjawat jawatan Akauntan Gred W41 ini nanti.

Kenapa Ramai Calon Akauntan Gred W41 Yang Masih Gagal?

Seperti mana yang dinyatakan tadi, analisis statistik calon yang gagal setiap tahun menunjukkan angka yang sangat tinggi kerana tiada persediaan awal seperti ini. Mungkin ada di antara pembaca yang memandang ringan tentang persediaan awal (sama seperti ketika mengambil peperiksaan di zaman persekolahan dahulu), tetapi percayalah persediaan awal inilah yang akan membantu anda ketika menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan nanti.

Format Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Secara ringkas, soalan bagi peperiksaan Akauntan Gred W41 ini tidaklah banyak berbeza dari segi format kecuali skop soalan yang ditujukan yang berlainan. Berikut adalah skop yang akan disoal:

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Masa diberikan: 40 minit
Bilangan Item Soalan: 50

Tujuan seksyen A ini adalah untuk menguji daya pengetahuan dan kesedaran calon terhadap perkara semasa yang berlaku di Malaysia dan dunia sekeliling. Calon diperlukan mengetahui secara umum dan spesifik mengenai aspek ekonomi, aspek kewangan, aspek perdagangan, aspek teknologi, aspek pentadbiran dan aspek sosial Malaysia. Soalan-soalan akan ditarafkan sehingga peringkat pengetahuan am yang mana difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik (kerana calon yang menduduki peperiksaan ini terdiri daripada pelbagai bidang). Calon-calon haruslah sering mengikuti perkembangan-perkembangan semasa dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku. Ini akan menjadi suatu kelebihan kepada calon untuk menjawab soalan-soalan di seksyen A ini. Calon perlu sentiasa mengemaskini maklumat yang diketahui tentang isu semasa yang berlaku di dalam negara dan luar negara. Antaranya ialah berkenaan NKRA, GTP, BR1M, MH370 dan sebagainya.

Tips penting: Pengetahuan asas perakaunan dan prinsip akaun, perdagangan dan ekonomi juga adalah merupakan soalan popular di seksyen A ini!

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Masa diberikan: 45 minit
Bilangan Item Soalan: 40

Dalam seksyen B ini pua, calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Secara umumnya, ia adalah soalan berkaitan Matematik atau pengiraan dan logikal akal. Berdasarkan pengalaman pihak Infokerjaya, selalunya seksyen B akan dipecahkan pula kepada beberapa subseksyen lagi seperti berikut:

Subseksyen Kemahiran Logikal
Dalam subseksyen ini, anda dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat untuk memilih jawapan yang paling tepat bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Subseksyen Kemahiran Interpretasi Maklumat
Anda akan diberi beberapa set soalan penyelesaian masalah yang menggunakan angka dan perangkaan. Masalah yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan soalan yang dikemukakan. Calon boleh mengunakan graf, jadual, rajah, carta alir dan sebagainya untuk calon memberi jawapan dan keterangan.

Subseksyen Konsep Asas Matematik
Dalam subseksyen Konsep Matematik ini, anda perlu menggunakan kemahiran merangkumi topik algebra dan geometri. Konsep asas Matematik ini adalah tidak melebihi Sukatan di peringkat Sijil Pelajaran malaysia (SPM). Oleh itu, soalan-soalan ini dianggap SPA sebagai sesuai untuk kesemua calon yang terlibat.

Tips penting: Calon lain dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik sahaja. Proses penyelesaian masalah tersebut pula cuma mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat SPM.

Dapatkan Rujukan Lengkap Contoh Soalan Akauntan Gred W41

Untuk membolehkan calon menjawab soalan-soalan di semua seksyen dan subseksyen ini dengan baik, calon disarankan untuk mendapatkan panduan yang akan dikeluarkan oleh pihak InfoKerjaya. Di atas permintaan calon tahun ini dan memang sudah terbukti oleh calon yang terdahulu yang telah berjaya lulus dengan cemerlang.

Kali ini, pihak Inforkerjaya berjaya mengumpul soalan-soalan yang sering disoal dalam peperiksaan Akauntan Gred W41. Contoh soalan ini berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui peperiksaan yang lepas.

Apa kandungan Rujukan Lengkap Contoh Soalan Akauntan Gred W41?

Rujukan contoh soalan Akauntan Gred W41 ini mengandungi:

1. Dilengkapi panduan khusus,
2. Huraian format umum,
3. Tips dan teknik menjawab setiap seksyen dan subseksyen,
4. Jenis-jenis soalan yang disoal,
5. Skema jawapan yang berautoriti.

Skema jawapan yang tepat lagi berautoriti ini memudahkan anda membuat rujukan dan ulangkaji. InsyaAllah, calon akan dapat membiasakan diri dengan jenis soalan apabila menjelang peperiksaan sebenar Akauntan Gred W41 nanti.

Apa Faedah Rujukan Ini Kepada Anda?

Daripada maklum balas yang diterima dan daripada pengalaman kami sendiri dengan pihak InfoKerjaya, rujukan contoh soalan Akauntan Gred W41 mereka tidak pernah mengecewakan calon. Malahan, ramai yang berterima kasih di atas panduan yang diberikan.

Berbekalkan rujukan contoh soalan dan skema jawapan yang disediakan nanti, calon sepatutnya dapat menjawab soalan dengan lebih mudah kerana skop soalan yang bakal diutarakan biasanya tidak banyak berlainan setiap tahun. Oleh itu, set ulangkaji koleksi soalan yang disediakan oleh pihak InfoKerjaya tentunya amat membantu persediaan anda.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Panduan Ini?

Sebagaimana yang telah dihebahkan oleh pihak Infokerjaya sebelum ini, jualan panduan ini akan dibuka selama 5 hari sahaja bermula 01 Mei hingga 05 Mei 2014. Iya, cuma 5 hari sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Siapa cepat, dia dapat.

Daripada pengalaman jualan yang terdahulu, ramai yang berasa sesal kerana tidak mendapatkan panduan ini pada permulaan jualan disebabkan jumlah kuota dan tarikh penjualan sudah ditutup. Jadi, calon amatlah digalakkan untuk menjadi pembeli yang terawal supaya tidak terlepas seperti calon-calon yang terdahulu.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

P/s: Menjadi yang terawal bukan saja memberi anda peluang untuk mendapatkan panduan ini, tetapi memberi lebih masa kepada anda untuk mengulangkaji semua soalan dengan lebih fokus.

Apa Jaminan Pembelian Anda?

Iya! Pihak InforKerjaya akan mengembalikan wang yang anda keluarkan untuk membuat pembelian. 100 peratus dikembalikan tanpa dikurangkan walau sesen pun. Andai sesudah anda membaca dan menduduki peperiksaan Akauntan Gred W41 kemudian anda dapati ia tidak membantu sedikit pun.

Manfaat Lain Panduan Akauntan Gred W41 Ini

Berdasarkan respon dan maklum balas diterima daripada calon terdahulu, nampaknya calon sangat berpuas hati dengan isi kandungan yang disediakan oleh pihak Infokerjaya yang serba lengkap dari segi jenis soalan dan skema jawapan yang disediakan. Arasnya dikatakan agak mirip dengan soalan peperiksaan sebenar!

Sehingga kini, memang belum ada lagi panduan selengkap yang disediakan oleh pihak Infokerjaya ini. Disebabkan team InfoKerjaya memang sudah lama berada dalam pasaran Malaysia dan sudah membantu ramai calon lulus peperiksaan SPA sejak tahun 2009 lagi sehinggalah hari ini.

Dengan kawalan mutu yang ketat: dari segi jumlah jualan, kualiti panduan dan masa yang singkat; pihak infoKerjaya sentiasa mengemaskini panduan tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian format peperiksaan yang paling terkini.

Jika anda merupakan calon peperiksaan bagi Akauntan Gred W41, panduan ini adalah amat berguna untuk anda. Mula biasakan diri dengan soalan dan jawapan Akauntan Gred W41 dari awal. InsyaAllah, kejayaan itu adalah bagi orang-orang yang rajin berusaha. Jadilah yang terawal untuk mendapatkan panduan ini sebelum terlambat dan peluang tertutup buat anda.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan Gred W41 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Monday, April 21, 2014

Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) Penolong Akauntan W29

Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) Penolong Akauntan
Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) Penolong Akauntan W29.

Dalam peperiksaan bertulis Penolong Akauntan Gred W29, terdapat dua seksyen utama yakni Seksyen A dan Seksyen B. Kali ini kami akan membincangkan Seksyen A. Masa anda menjawab seksyen ini adalah 40 minit sahaja. Sementara, bilangan Soalan yang akan dikemukakan adalah sejumlah 50 item.

Dimana seksyen ini bertujuan untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara sekeliling yang berlaku di dalam, di luar negara dan perkembangan semasa. Anda dikehendaki mengetahui secara umum dan khusus berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Di bawah satu contoh soalan yang dikemukakan di Seksyen A:

Lagi contoh soalan soalan Seksyen A:

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Sunday, April 20, 2014

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) Penolong Akauntan Gred W29

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) Penolong Akauntan
Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) Penolong Akauntan Gred W29

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini di dalam Seksyen A (Pengetahuan Am), bahawa sukatan peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 merangkumi dua (2) seksyen utama. Jadi pada kali ini, pihak kami akan menerangkan serba sedikit lagi apa yang dikehendaki di dalam Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah).

Di dalam Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah), calon akan diukur dari sudut daya menyelesaikan masalah dengan menggunakan item-item terpilih yang berkonsepkan tiga tema di bawah:

- Kemahiran Menggunakan Logik
- Kemahiran Menginterpretasi Data
- Konsep Matematik

Tips:
Ikuti pautan setiap tema untuk ke post yang membincangkan tema-tema tersebut dengan lebih detil.

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) mengandungi 40 soalan dan masa diperuntukkan adalah selama 45 mnit sahaja. Jadi secara asasnya, soalan di Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) ini akan dibahagikan kepada tiga (3) tema di atas. Peratusan pembahagian soalan atau nisbah antara tema ini tidak dapat dinyatakan secara tepat kerana tiada cara pembahagian yang tetap. Bergantung kepada kehendak dan keperluan pihak SPA. Mungkin 10:20:10 atau 20:10:10 atau 10:10:20 atau lain-lain variasi.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W27 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Saturday, April 19, 2014

Contoh Soalan Seksyen B (Kemahiran Menggunakan Logik) Penolong Akauntan W29

Contoh Soalan Seksyen B (Kemahiran Menggunakan Logik) Penolong Akauntan
Contoh Soalan Seksyen B (Kemahiran Menggunakan Logik) Penolong Akauntan W29

Salah satu seksyen di dalam Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 ialah Seksyen B (Kemahiran Menggunakan Logik). Di dalam Seksyen B (Kemahiran Menggunakan Logik), anda dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh soalan:

contoh soalan seksyen b kemahiran menggunakan logik

Teknik Menjawab:
Perhatikan dengan teliti, anda akan dapati bahawa kesemua nombor yang diberikan di atas adalah 'hasil kuasa dua' kecuali 54.

soalan seksyen b kemahiran menggunakan logik

Teknik Menjawab:
Jika perhatian ditumpukan pada bentuk yang diberikan, calon tidak akan dapat melihat logiknya. Tetapi cuba alihkan perhatian anda terhadap garisan. Nah, didapati bermula dengan hanya satu garis, ditambah menjadi dua garisan kemudian tiga garisan dan tentunya dengan empat garisan! Logik bukan?

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan W29, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Friday, April 18, 2014

Contoh Soalan Seksyen B (Kemahiran Menginterpretasi Data) Penolong Akauntan W29

Contoh Soalan Seksyen B (Kemahiran Menginterpretasi Data) Penolong Akauntan W27
Contoh Soalan Seksyen B (Kemahiran Menginterpretasi Data) Penolong Akauntan W29

Interpretasi maksud lainnya adalah mentafsir. Dalam Seksyen B (Kemahiran Menginterpretasi Data), calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon perlu menganalisa data-data diberikan tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Berikut dikongsikan dua contoh soalan Seksyen B (Kemahiran Menginterpretasi Data) Peperiksaan Penolong Akauntan W29.

Contoh Soalan:

01. Jadual di bawah menunjukkan jumlah pengunjung ke sebuah taman tema pada Cuti Hari Malaysia tahun lalu. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rambang, cari kebarangkalian pengunjung yang terpilih adalah seorang kanak-kanak.

Teknik Menjawab:

Jumlah pengunjung : 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak : 104 + 136 = 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak terpilih : 240/360 = 2/3

Contoh Soalan:

02. Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke sebuah kedai serbaneka. Pelanggan-pelanggan tersebut datang dari lima buah taman berhampiran pada satu bulan.

Teknik Menjawab:

Kebarangkalian pelanggan dari Taman Mewah : pelanggan dari Taman Mewah / bilangan semua pelanggan
Kebarangkalian pelanggan dari Taman Mewah : 4000 orang / 4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500 = 8/33

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Thursday, April 17, 2014

Contoh Soalan Seksyen B (Konsep Matematik) Penolong Akauntan W29

Contoh Soalan Seksyen B (Konsep Matematik) Penolong Akauntan
Contoh Soalan Seksyen B (Konsep Matematik) Penolong Akauntan W29

Nama jawatan yang ditawarkan pun Penolong Akauntan, jadi adalah kurang logik jika peperiksaan tapisan seperti Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W29 kelolaan SPA ini andai tidak dilengkapi soalan-soalan bertemakan konsep Matematik.

Bukankah seorang Penolong Akauntan bertanggungjawab dalam soal perakaunan, kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan lain-lain tugasan yang melibatkan angka dan perangkaan.

Tapi apa yang melegakan ialah walaupun ada antara calon yang menduduki Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W29 memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna mereka mempunyai kelebihan untuk menjawab soalan berbanding calon biasa seperti anda (yang daripada bidang lain) kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada konsep-konsep asas matematik di aras sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia)sahaja. Jadi peperiksaan ini memang boleh dikatakan 'fair test'

Contoh Soalan:

Teknik menjawab:

Lapan pasukan mengambil bahagian. Di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain (sistem liga). Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak tujuh kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Akan tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah:
Jumlah permainan : 8 X 7 / 2 = 28

Contoh soalan:

Teknik menjawab:

Penuntut telah mengambil peperiksaan : 90 / 100 X 40 = 36 orang
3/4 penuntut yang lulus : 3 / 4 X 36 = 27 orang

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Tuesday, April 15, 2014

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27
Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29

Panduan-panduan menjawab soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29 berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Panduan 1 - Tinggalkan Dahulu Soalan Sukar
Calon perlu sedar bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah terdiri dari pelbagai bidang akademik dan jurusan. Justeru itu, soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik dan tidak hanya tertumpu kepada bidang perakauanan atau kewangan sahaja.

Oleh yang demikian, mungkin terdapat soalan yang sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususannya. Andai perkara ini berlaku, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa menjawab soalan sukar berkenaan (dan membuang masa). Sebaliknya calon terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Sekiranya masa mengizinkan, kembali semula kepada soalan sukar itu tadi.

Panduan 2 - Kaji Pilihan Jawapan
Seperti yang sedia dimaklumi, kesemua soalan yang dikemukakan adalah berbentuk objektif (soalan aneka jawapan). Soalan aneka pilihan mempunyai empat (4) pilihan jawapan (A, B, C dan D) dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) sahaja. Jawapan yang dikehendaki tidak hanya betul tetapi yang paling tepat dan memenuhi kehendak soalan.

Bacalah soalan dengan teliti dan kajilah kesemua pilihan jawapan yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, pilihan jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Panduan 3 - Guna Hanya Pensil 2B
Bagi tujuan merekod jawapan, calon akan dibekalkan borang khas (Kertas Jawapan OMR) yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar anda menggunakan pensil jenis 2B sahaja. Jika jenis pensil atau alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana sistem komputer tidak dapat memprosesnya.

Panduan 4 - Jaga Kertas OMR Anda
Jika calon perlu membuat perkiraan, lakaran, jawapan contoh dan sebagainya, sila gunakan kertas kosong lain atau buku soalan. Kertas jawapan OMR yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan sahaja. Elakkan daripada diconteng, dilipat, terkoyak, haba panas dan lain-lain kerosakan.

Panduan 5 - Skor Kedua-Dua Seksyen
Anda sekali lagi dinasihatkan agar cuba sedaya upaya mendapatkan markah yang terbaik. Skor untuk kedua-dua Seksyen A dan B. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil ke sesi temuduga yang akan ditentukan kemudian. Hal ini bermakna peluang untuk dilantik ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29 adalah lebih cerah lagi.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Sunday, April 13, 2014

Soalan Temuduga Penolong Akauntan Gred W29

Soalan Temuduga Penolong Akauntan
Soalan Temuduga Penolong Akauntan Gred W29

Sekiranya anda calon yang akan menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Akauntan Gred W29, berikut dikongsikan senarai soalan yang paling popular ditanya oleh para penemuduga.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Akauntan W29

1. Anda dikehendaki memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris
2. Apakah Nilai Bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia?
3. Jelaskan Peranan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
4. Apa itu GST? Boleh terangkan sikit.
5. Sila terangkan apa itu Akruan?
6. Tolong kongsikan Dasar Automotif Negara yang anda tahu.
7. Kenapa anda ingin menjawat jawatan W29 ini?
8. Apakah Tugas-tugas semasa anda di pejabat?

Walaubagaimanapun, soalan temuduga adalah sukar diramal. Ini kerana para penemuduga tidak diberikan senarai soalan yang tetap. terpulang kepada mereka. Jadi nasihat kami, sila perbanyakkan bacaan, luaskan pergaulan dan jangan berhenti belajar.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Friday, April 11, 2014

Senarai Tugas Penolong Akauntan Gred W29

Senarai Tugas Penolong Akauntan

Senarai Tugas Penolong Akauntan Gred W29

Menjadi seorang Penolong Akauntan bukanlah hanya terbatas pada pengiraan, kewangan dan perakaunan semata-mata. Bidang tugas kerjaya ini mencakupi banyak soal-soal lain. Sebagai seorang Penolong Akauntan Gred W29, berikut adalah senarai tugas yang perlu dipikul.

Sebelum kita ke deskripsi tugas Penolong Akauntan W29 di bawah. Kepada yang dipanggil ke ujian psikometrik jawatan ini, baca dan fahami terlebih dahulu sejarah psikometrik, jenis ujian dan contoh soalan psikometrik ini.

Bagi yang sudah mendapat emel panggilan exam online SPA, sudah tentu anda mahu tahu dengan lebih jelas contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dan, semestinya contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah.

7 Skop Kerja Seorang Penolong Akauntan W29

01. Membantu Akauntan menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

02. Membantu Akauntan menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

03. Membantu Akauntan menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;

04. Membantu Akauntan mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;

05. Membantu Akauntan bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.

06. Membantu Akauntan memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

07. Membantu Akauntan menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai.

Sekiranya anda sudah nekad memilih kerjaya ini maka bersedialah untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang disenaraikan di atas. Dan oh.. ya, ini baru sebahagian daripadanya. Ada beberapa lagi tugas lain yang tidak tersenarai di atas.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

------------

Iya. Memang amat mudah sekiranya tiap maklumat, info dan panduan daripada pihak Blog Penolong Akauntan Gred W29 dapat dikongsikann melalui teknologi yang ada. Dapatkan maklumat, info dan panduan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W29 dari pihak kami secara percuma.

Delivered by FeedBurner
Jumlah Subscriber

Wednesday, April 9, 2014

Gaji Penolong Akauntan Gred W29

Gaji Penolong Akauntan

Gaji Penolong Akauntan Gred W29

Secara amnya, sekiranya seseorang yang baharu dilantik ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29 maka gaji asasnya adalah seperti berikut:

Walaupun begitu, sekiranya anda mempunyai diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan maka gaji permulaan yang ditawarkan pihak SPA adalah sebanyak RM1,667.08.

Bagi pemegang Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan pula, gaji permulaan yang ditawarkan adalah lebih tinggi iaitu RM1,892.68.

Gaji yang dinyatakan di atas adalah gaji asas (basic) dan ini belum termasuk elaun tetap untuk penjawat awam dan elaun khas lain (termasuk elaun perjalanan, lojing dan makan/minum) sekiranya dikehendaki melakukan tugas-tugas rasmi di luar pejabat.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Update 2020 :

Peperiksaan PSEE dan Ujian Psikometrik untuk jawatan Penolong Akauntan W29 sudah dijalankan secara atas talian (online) dan tidak bertulis lagi.

Kepada yang dipanggil ke ujian psikometrik jawatan ini, baca dan fahami terlebih dahulu sejarah psikometrik, jenis ujian dan contoh soalan psikometrik ini.

Bagi yang sudah mendapat emel panggilan exam online SPA, sudah tentu anda mahu tahu dengan lebih jelas contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dan, semestinya contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah.

Monday, April 7, 2014

Syarat Kenaikan Pangkat Penolong Akauntan Gred W29

Kenaikan Pangkat Penolong Akauntan Gred W27
Syarat Kenaikan Pangkat Penolong Akauntan Gred W29

Untuk membolehkan seseorang yang sedang menjawat jawatan sebagai Pembantu Akauntan W17 dinaikkan pengkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29, beliau hendaklah memenuhi kesemua syarat Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) di bawah:

01. telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
02. mempunyai kelayakan diperlukan sebagai Penolong Akauntan Gred W29; atau
03. lulus Peperiksaan Khas yang diarahkan jabatan; dan   
04. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan kenaikan tersebut.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Saturday, April 5, 2014

Syarat Lantikan Penolong Akauntan Gred W29

Syarat Lantikan Penolong Akauntan Gred W29

Berdasarkan syarat dan kriteria lantikan yang ditetapkan oleh SPA, seseorang haruslah memiliki mana-mana kelayakan di bawah untuk melayakkan beliau dilantik ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29:

Pertama
Memiliki diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Kedua
Mempunyai Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ketiga
Dan wajib lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

Thursday, April 3, 2014

Panduan Umum Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W29

Panduan Exam Penolong Akauntan Gred W27
Panduan Umum Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W29

Sekiranya anda calon yang dipanggil ke Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W29 maka tahniah kami ucapkan. Berikut merupakan panduan umum yang MESTI dipatuh oleh setiap calon semasa berada di dalam dewan peperiksaan dimana ujian dijalankan.

a) JANGAN sekali-kali LUPA membawa perkara-perkara berikut:

- Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
- Kad Pengenalan
- Pensel 2B
- Pen
- Pembaris
- Pemadam
- Alat tulis lain yang difikirkan perlu.

b) Patuhi arahan diberikan Ketua Pengawas.

c) Mesti berada di tempat duduk sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

d) Dilarang berkomunikasi atau berhubung dengan calon-calon lain.

e) Angkat tangan jika ada sebarang masalah atau pertanyaan.

f) Hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan kra-kira tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dijalankan.

g) Jawapan hendaklah dibuat dalam Kertas OMR (bagi Seksyen A dan B) yang dibekalkan pihak SPA.

h) Semak dan pastikan nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan OMR adalah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

i) Sebarang bahan rujukan adalah tidak dibenarkan.

j) Wajib berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

k) Penggunaan kalkulator atau alat komunikasi (HP, Tab, NoteBook, iPad dan lain-lain) adalah tidak dibenarkan.