Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Tuesday, April 15, 2014

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27
Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29

Panduan-panduan menjawab soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29 berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Panduan 1 - Tinggalkan Dahulu Soalan Sukar
Calon perlu sedar bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah terdiri dari pelbagai bidang akademik dan jurusan. Justeru itu, soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik dan tidak hanya tertumpu kepada bidang perakauanan atau kewangan sahaja.

Oleh yang demikian, mungkin terdapat soalan yang sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususannya. Andai perkara ini berlaku, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa menjawab soalan sukar berkenaan (dan membuang masa). Sebaliknya calon terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Sekiranya masa mengizinkan, kembali semula kepada soalan sukar itu tadi.

Panduan 2 - Kaji Pilihan Jawapan
Seperti yang sedia dimaklumi, kesemua soalan yang dikemukakan adalah berbentuk objektif (soalan aneka jawapan). Soalan aneka pilihan mempunyai empat (4) pilihan jawapan (A, B, C dan D) dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) sahaja. Jawapan yang dikehendaki tidak hanya betul tetapi yang paling tepat dan memenuhi kehendak soalan.

Bacalah soalan dengan teliti dan kajilah kesemua pilihan jawapan yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, pilihan jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Panduan 3 - Guna Hanya Pensil 2B
Bagi tujuan merekod jawapan, calon akan dibekalkan borang khas (Kertas Jawapan OMR) yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar anda menggunakan pensil jenis 2B sahaja. Jika jenis pensil atau alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana sistem komputer tidak dapat memprosesnya.

Panduan 4 - Jaga Kertas OMR Anda
Jika calon perlu membuat perkiraan, lakaran, jawapan contoh dan sebagainya, sila gunakan kertas kosong lain atau buku soalan. Kertas jawapan OMR yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan sahaja. Elakkan daripada diconteng, dilipat, terkoyak, haba panas dan lain-lain kerosakan.

Panduan 5 - Skor Kedua-Dua Seksyen
Anda sekali lagi dinasihatkan agar cuba sedaya upaya mendapatkan markah yang terbaik. Skor untuk kedua-dua Seksyen A dan B. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil ke sesi temuduga yang akan ditentukan kemudian. Hal ini bermakna peluang untuk dilantik ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29 adalah lebih cerah lagi.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

No comments:

Post a Comment