Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Friday, April 11, 2014

Senarai Tugas Penolong Akauntan Gred W29

Senarai Tugas Penolong Akauntan

Senarai Tugas Penolong Akauntan Gred W29


Menjadi seorang Penolong Akauntan bukanlah hanya terbatas pada pengiraan, kewangan dan perakaunan semata-mata. Bidang tugas kerjaya ini mencakupi banyak soal-soal lain. Sebagai seorang Penolong Akauntan Gred W29, berikut adalah senarai tugas yang perlu dipikul.

Sebelum kita ke deskripsi tugas Penolong Akauntan W29 di bawah. Kepada yang dipanggil ke ujian psikometrik jawatan ini, baca dan fahami terlebih dahulu sejarah psikometrik, jenis ujian dan contoh soalan psikometrik ini.

Bagi yang sudah mendapat emel panggilan exam online SPA, sudah tentu anda mahu tahu dengan lebih jelas contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dan, semestinya contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah.

7 Skop Kerja Seorang Penolong Akauntan W29

01. Membantu Akauntan menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

02. Membantu Akauntan menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

03. Membantu Akauntan menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;

04. Membantu Akauntan mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;

05. Membantu Akauntan bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.

06. Membantu Akauntan memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

07. Membantu Akauntan menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai.

Sekiranya anda sudah nekad memilih kerjaya ini maka bersedialah untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang disenaraikan di atas. Dan oh.. ya, ini baru sebahagian daripadanya. Ada beberapa lagi tugas lain yang tidak tersenarai di atas.

Bagi pembaca dan calon yang terpanggil menduduki peperiksaan bertulis Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan dan Jawapan serta Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W29 dengan melanggan sebagai pembaca blog ini.

Kepada pembaca dan calon yang telah melanggan terdahulu, pihak kami akan menghantar link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke emel anda.

Klik pautan di bawah, masukkan emel dan tunggu makluman daripada pihak kami apabila jualan dibuka nanti.

Langgan Hebahan Jualan Rujukan Penolong Akauntan Gred W27
(Pastikan Anda Semak Emel Anda Untuk Sahkan Langganan)

------------

Iya. Memang amat mudah sekiranya tiap maklumat, info dan panduan daripada pihak Blog Penolong Akauntan Gred W29 dapat dikongsikann melalui teknologi yang ada. Dapatkan maklumat, info dan panduan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W29 dari pihak kami secara percuma.


Delivered by FeedBurner
Jumlah Subscriber

No comments:

Post a Comment